Monday, July 1, 2019

Cara Kerja Serta Cara Penggunaan Perangkap Minyak @ Grease Trap

Perangkap minyak (grease trap) adalah penyaring lemak yang terbuat dari stainless steel ataupun fiberglass dan merupakan alat perangkap atau alat penyaring minyak, oli dan lemak dari hasil cucian piring. Alat ini akan membantu untuk memisahkan minyak dari air, sehingga minyak dan lemak tidak menggumpal atau membeku di paip pembuangan yang akan membuat piap tersumbat.

Perangkap minyak (grease trap) atau alat penyaring lemak ini biasanya digunakan untuk restoran, rumah makan, dan dapur. Alasannya kerana restoran, rumah makan, dan dapur rumah dapat menghasilkan banyak limbah lemak/ minyak yang dibuang melalui sink drain dari tempat pencuci piring dan peralatan memasak. Jika tidak dibuang, maka lemak (grease) akan menggumpal dalam paip saluran pembuangan dan menyebabkan masalah sumbat.


Paip Saluran Yang Sumbat Kerana Lemak Membeku Di Dalam

Perangkap minyak (grease trap) dapat memisahkan minyak dari air, ini dapat menyelesaikan masalah sumbat dalam paip saluran. Kebanyakan kita memasak makanan yang berminyak tinggi, dan mencuci dengan air sejuk. Inilah kenapa paip saluran akan tersumbat, kerana air sejuk akan menyebabkan lemak terbeku dalam paip saluran.

Dengan menggunakan perangkap minyak (grease trap) dapat mengelakkan masalah sumbat dalam paip saluran. Perangkap minyak (grease trap) akan memisahkan sisa makanan dan minyak dari air sebelum ia masuk ke dalam paip saluran.

Syarikat kita adalah pakar dalam bidang ini. Hubungilah kita sekarang. Kita sentiasa sedia bagi kamu.

Tel: 03 6140 8861
HP: 011 1028 9291 
Fax: 03 6150 8813

Kenapa Perlu Memasang Perangkap Minyak?


Perangkap Minyak Model GTS02 Bawah Sinki

Perangkap minyak dapat mengelakkan salur paip buangan tersumbat dengan sisa makanan rumah. Masakan yang berlemak ditambah pula dengan penggunaan air sejuk sebagai alat untuk membersihkan kotoran sisa makanan menyebabkan lemak menjadi beku di dalam saluran paip. Kos untuk membersihkan saluran paip yang tersumbat adalah mahal kerana masyarakat Malaysia kurang sikap penyelenggaraan berkala. 

Perangkap minyak ini diletakkan di bawah sinki dapur. Biasanya sinki dapur moden mempunyai kabinet, jadi perangkap minyak boleh diletakkan dalam kabinet. Buangan sisa akan diperangkap dalam tapisan dan pemeriksaan berkala diperlukan untuk membuang dan membersih sisa sebelum sisa ini masuk ke dalam saluran paip dan menyebabkan masalah sumbat.

Memasang perangkap minyak ini boleh membawa banyak kelebihan dan juga dapat mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar kita. Lagipun, kerajaan Malaysia juga mewajibkan premis makanan memasang perangkap minyak untuk mengurangkan masalah pencemaran yang dibawa oleh sisa makan, minyak dan lemak.


TOGETHER WE MAKE THE WORLD GREEN.

Tel: 03 6140 8861
HP: 011 1028 9291
Fax: 03 6150 8813

Pencemaran Minyak & Gris

Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.

Pencemaran yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan gris ke dalam peparitan awam secara langsung atau tak langsung menyebabkan perubahan kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air akuatik atau tumbuh-tumbuhan.

Ia juga mencemarkan air, tanah dan udara. Pencemaran minyak dan gris ini akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di sungai dan tasik seperti rumpai air, burung, ikan dan hidupan lain.  Secara langsung pencemaran minyak dan gris ini akan mempengaruhi kualiti air minuman kita.

Kini masalah pencemaran minyak dan gris oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa dan ia perlu di bendung. Syarikat terbabit perlu mendapatkan nasihat dari pembekal alat perangkap minyak. Oleh itu, masalah longkang berbau boleh dielakkan dan boleh jalankan perniagaan dengan senang hati tanpa gangguan dari masyarakat sekeliling dan juga pihak berkuasa tempatan. Tiada lagi longkang tersumbat dengan penyenggaraan yang mudah dan menjimatkan kos.

Kita perlu ingat bahawa kita bukan warisi bumi ini dari nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya memimjam daripada anak cucu kita maka pentingnya kita menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi.

Pemasangan perangkap minyak sangat dituntut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menepati kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perangkap minyak perlu dipasang dipremis yang mengendalikan pemprosesan makanan dan juga industri berkaitan minyak seperti stesen minyak, pusat servis kereta dan kilang.  

Perangkap minyak sangat berkesan dalam mengasingkan minyak daripada air bagi mengurangkan minyak dan gris disalirkan secara langsung ke longkang awam. Kualiti effluen yang dilepaskan adalah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Marilah kita bekerjasama dalam memastikan kualiti alam sekitar terpelihara bagi menjamin pembangunan mapan untuk negara dan generasi kehadapan.

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perangkap minyak, boleh hubungi:

KUALITI ALAM HIJAU (M) SDN. BHD.
No. 43, Jalan PJU 10/10C,
Saujana Damansara, PJU 10,
47830 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03 6140 8861
HP: 0195589291 (Ken)
Fax: 03 6150 8813
Email: contact@kualitialamhijau.com
Website: www.kualitialamhijau.com

Kepentingan Menggunakan Perangkap Minyak

Perangkap minyak ini biasanya digunakan untuk di rumah makan atau dapur. Mengapa? Kerana rumah makan dan dapur rumah menghasilkan banyak limbah lemak/ minyak yang dibuang melalui sink drain dari tempat pencuci piring dan peralatan memasak. Jika tidak dibuang, maka lemak/ grease akan menggumpal di dalam paip saluran pembuangan dan menyebabkan pengendapan dan penyumbatan.

Produk perangkap minyak ini biasanya dipasang di bawah singki dapur dan berfungsi untuk menyaring lemak dan sampah padat agar tidak mengalir masuk ke dalam saluran pembuangan, sehingga mencegah terjadinya penyumbatan paip saluran, pencemaran lingkungan dan menggangu warga masyarakat sekitar kerana limbah minyak/ lemak berbau sangat tidak sedap dan akan menyebar ke mana-mana apabila sampai mengalir ke saluran got yang terbuka.

Jika limbah grease ini tidak ditangani secara tepat akan menyebabkan:

  • Saluran paip akan tertutup oleh grease yang membeku.
  • Jika sampai keluar ke saluran kota, akan menyebabkan bau yang tidak sedap (pencemaran) dan dapat menimbulkan penyakit. 
  • Jika sampai ke dalam Septic Tank, akan mengganggu proses Septic Tank.
Lapisan minyak dan lemak ini sangat lambat diolah (dicerna) dan dipecah oleh mikroorganisme dalam proses pencernaan anaerobik. Namun, jumlah yang sangat besar minyak dari produksi makanan di dapur dan rumah makan bisa membanjiri tangki septik atau fasilitas perawatan menyebabkan pelepasan limbah yang tidak diolah ke lingkungan. Selain itu, viskositas lemak yang tinggi dari minyak masak seperti lemak limbah dapur menjadi padat saat didinginkan, dan dapat bersama-sama dengan limbah padat lain membentuk penyumbatan di piap saluran.

Pengelolaan limbah minyak dan lemak dengan menggunakan grease trap adalah salah satu bahagian yang terpenting dari waste water treatment (pengelolaan air limbah) dan saat ini telah digunakan di hampir semua proyek konstruksi, perumahan, apartemen, ruko/ rakan, rumah makan, perkantoran, salon, dan fabrik. 

Menggunakan Perangkap Minyak Boleh Membantu Alam Sekitar Kita Bersih

Pembuangan bahan domestik telah mengganggu keseimbangan semula jadi serta menimbulkan pelbagai masalah kepada dunia. Bahan domestik wujud daripada pembuangan sisa buangan dari kilang seperti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa kilang. Aktiviti tidak bertanggungjawab ini boleh mencemarkan air, tanah dan udara. Bahan toksik adalah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.



Sisa minyak adalah salah satu aliran buangan yang ditetapkan di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Buangan Terjadual) 2005. Walaupun ianya adalah sisa tetapi masih mempunyai nilai ekonomi, oleh itu ia menggalakkan pembinaan loji pemulihan untuk memproses sisa minyak menjadi produk siap seperti minyak bahan api, minyak pelincir, minyak hidraulik, minyak asas dan lain-lain.

Sisa minyak disenaraikan sebagai kod A4060 di bawah Lampiran VIII, Senarai A Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Sempadan Khas Bahan Buangan dan Pelupusannya 1989. Malaysia adalah salah satu Ahli dalam Konvensyen Basel, pengimportan dan pengeksportan bahan buangan mestilah mengikut prosedur Konvensyen. Pengimportan atau pengeksportan bahan buangan memerlukan kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Jabatan Alam Sekitar sebagaimana yang termaktub di bawah Seksyen 34B (1) (b) & (c), Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini boleh disabit dan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.


Kilang-kilang di Malaysia kebanyakkannya dibina di sepanjang sungai bagi memudahkan mereka membuang bahan-bahan buangan terus ke dalam sungai. Antaranya adalah kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit yang menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Ada laporan mengatakan bahawa, pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.


Oleh yang demikian, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) diberi peranan oleh NRE untuk mengambil tindakan bagi mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang sistem perangkap minyak atau sistem penapis sisa manakan (food, oil dan grease, FOG) untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya. Pelaksanaan program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai adalah untuk mempertingkatkan kualiti air sungai serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25(3)  Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada seratus ribu ringgit atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada seribu ringgit boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut dikeluarkan kepada pesalah.


Malaysia adalah sebuah negara yang mencapai kemajuan dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi yang dijalankan. Dalam mengejar kemajuan ini, kita tidak menyedari kesan-kesan yang berlaku terhadap alam sekitar turut menjejaskan kehidupan manusia, tumbuhan dan haiwan. Akibat daripada aktiviti manusia yang membuang sisa toksid ke merata tempat telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Selain daripada itu, ia turut memberi perubahan kepada iklim dunia serta meningkatkan kadar suhu dunia. 


Keadaan ini harus ditangani dengan segera agar masalah ini dapat diatasi secepat yang mungkin kerana ia menjejaskan keindahan semula jadi yang akan menjejaskan industri pelancongan negara kita. Dengan ini dapat dijelaskan bahawa pembuangan toksik, sisa buangan dari kilang khususnya memberi pelbagai kesan yang buruk kepada alam sekitar. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara dan memulihara alam sekitar agar tidak tercemar demi untuk generasi akan datang.

Perangkap Minyak @ Grease Trap

Perangkap Minyak (Grease Trap) adalah alat perangkap grease atau minyak dan oli. Alat ini membantu untuk memisahkan minyak dari air, sehingga minyak tidak menggumpal dan membeku di pipa pembuangan dan membuat pipa tersumbat. Terbuat dari pasangan bata maupun stainless steel atau fiberglass sehingga aman dari korosi. Alat ini diwajibkan pasang di rumah tangga dan di restoran atau kantin rumah makan bawah undang-undang Malaysia untuk mengelakan masalah pencemaran air.

Apakah itu limbah lemak (Grease)? Limbah lemak dapur adalah hasil dari aktifitas cuci alat dapur, cuci piring, cuci daging, mentega, susu, minyak goreng rumah tangga atau restoran dan juga di hasilkan oleh industri–industri yang banyak mengandung minyak dan lemak pada limbah cair yang dibuang pada saluran air kota.
Limbah lemak yang tidak ditangani atau diolah terlebih dahulu akan menyebabkan pencemaran pada saluran lingkungan atau saluran air menjadi tersumbat dan berbau busuk lemak. Limbah lemak memang tidak bisa di urai secara biasa oleh microorganisme yang terdapat pada saluran got ataupun sungai–sungai.
Apa akibatnya apabila limbah lemak dapur ini dibiarkan tanpa ada pengolahan ?
  1. Berbau busuk
  2. Menyumbat pipa pembuangan
  3. Menimbulkan bibit penyakit pada saluran air
  4. Merosak sistem pengolahan apabila masuk ke dalam tangki ipal atau septic tank
Pengelolaan limbah minyak dan lemak dengan menggunakan perangkap minyak adalah salah satu bagian yang terpenting dari waste water management (pengelolaan air limbah) dan saat ini telah digunakan di hampir semua proyek konstruksi perumahan, apartment, perkantoran, restoran, perkantoran, salon, dan pabrik industri.

Apakah Perangkap Minyak?


Perangkap minyak perlu dipasang dan dilengkapi  dalam semua dapur restoren atau premis yang mengendalikan pemprosesan makanan. Biasa perangkap minyak ini dipasang di akhir persaliran keluar atau paip air kumbahan dari singki sebelum air kumbahan iti disalirkan ke longkang awam. 

Pemasangan perangkap minyak adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh Majlis Tempatan dalam proses untuk mendapatkan lesen perniagaan restoren, kantin atau pun semua jenis primis proses makanan. Restoran dan premis proses makanan adalah diktakan punca terbesar menyumbangkan pencemaran minyak kepada alam sekitar. Berita yang pasal WAJIB memasang perangkap minyak.

Perangkap minyak bukan saja perlu dianggap sebagai syarat untuk berniaga tetapi sebagai pengusaha, kita perlu ada kesedaran pentingnya menjaga pencemaran alam sekitar. Perangkap minyak ini  juga akan membantu pengusaha untuk mengelak dari saluran paip yang sering tersumbat di dapur yang disebabkan pembentukkan lemak yang padat dalam saluran. 

Bila saluran keluar air kumbahan tersumbat didapur, air kumbahan yang kotor dari singki akan melimpah keluar ke lantai dapur. Lantai dapur bukan saja sentiasa basah tetapi seluruh dapur anda akan busuk dan kadangkala sehingga ketempat makan pelanggan. Pembaikan perlu mengeluarkan wang kos dan kadangkala perlu lakukan pemaipan baru untuk restoren anda. keadaan bukan berhenti di situ tetapi sumbat paip dapur ini akan berulang tanpa perangkap minyak yang berfungsi baik.