Pencemaran yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan gris ke dalam peparitan awam secara langsung atau tak langsung menyebabkan perubahan kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air akuatik atau tumbuh-tumbuhan.
Ia juga mencemarkan air, tanah dan udara. Pencemaran minyak dan gris ini akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di sungai dan tasik seperti rumpai air, burung, ikan dan hidupan lain. Secara langsung pencemaran minyak dan gris ini akan mempengaruhi kualiti air minuman kita.
Kini masalah pencemaran minyak dan gris oleh syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab semakin berleluasa dan ia perlu di bendung. Syarikat terbabit perlu mendapatkan nasihat dari pembekal alat perangkap minyak. Oleh itu, masalah longkang berbau boleh dielakkan dan boleh jalankan perniagaan dengan senang hati tanpa gangguan dari masyarakat sekeliling dan juga pihak berkuasa tempatan. Tiada lagi longkang tersumbat dengan penyenggaraan yang mudah dan menjimatkan kos.
Kita perlu ingat bahawa kita bukan warisi bumi ini dari nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya memimjam daripada anak cucu kita maka pentingnya kita menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi.
Pemasangan perangkap minyak sangat dituntut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menepati kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perangkap minyak perlu dipasang dipremis yang mengendalikan pemprosesan makanan dan juga industri berkaitan minyak seperti stesen minyak, pusat servis kereta dan kilang.
Perangkap minyak sangat berkesan dalam mengasingkan minyak daripada air bagi mengurangkan minyak dan gris disalirkan secara langsung ke longkang awam. Kualiti effluen yang dilepaskan adalah mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Marilah kita bekerjasama dalam memastikan kualiti alam sekitar terpelihara bagi menjamin pembangunan mapan untuk negara dan generasi kehadapan.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang perangkap minyak, boleh hubungi:
KUALITI ALAM HIJAU (M) SDN. BHD.
No. 43, Jalan PJU 10/10C,
Saujana Damansara, PJU 10,
47830 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03 6140 8861
HP: 0195589291 (Ken)
Fax: 03 6150 8813
Email: contact@kualitialamhijau.com
Website: www.kualitialamhijau.com
KUALITI ALAM HIJAU (M) SDN. BHD.
No. 43, Jalan PJU 10/10C,
Saujana Damansara, PJU 10,
47830 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03 6140 8861
HP: 0195589291 (Ken)
Fax: 03 6150 8813
Email: contact@kualitialamhijau.com
Website: www.kualitialamhijau.com
No comments:
Post a Comment